hemster nie lapar....~

Tuesday, 16 August 2011

Kesempurnaan diri dunia dan akhirat

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W
yang mana dia telah menyatakan tujuannya :Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau
mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya. Tanyalah
apa yang engkau kehendaki :

Orang Arab bertanya: Rasulullah bersabda:
1. Aku mahu menjadi orang yang alim
Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

2. Aku mahu menjadi orang paling kaya
Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

3. Aku mahu menjadi orang yang adil
Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka
jadilah engkau seadil-adil manusia

4. Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik
manusia

5. Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

6. Aku mahu disempurnakan imanku
Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

7. Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin ( baik )
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak
merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara
ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

8. Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam
golongan mereka yang taat

9. Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam
keadaan suci daripada dosa

10. Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah
cahaya

11. Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu
pada hari qiamat

12. Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan( kurangkan ) segala dosamu

13. Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan
jadi semulia-mulia manusia

14. Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi
segagah-gagah manusia

15. Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan
memurahkan rezeki kepadamu

16. Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk
dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

17. Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan
Allah dan rasulNya

18. Aku mahu diterima segala permohonanku
Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

19. Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari
qiamat

20. Siapa yang terselamat daripada dosa?
Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada
kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

21. Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian ( bala )

22. Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

23. Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

24. Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan
bermanafaat selain hadis ini....

No comments:

Post a Comment