hemster nie lapar....~

Friday, 26 August 2011

apabila anda sayang kan si dia

bila anda sayangkan seseorang.... :

lakukan apa yang termampu dan terdaya olehmu untuknya dan jgn menyayangi dia dengan hawa nafsu , ingt ! hubungan yang baik adalah hubungan yang diredhai dan direstui oleh Allah .. jika niat kamu baik , insyaallah Allah akan mempermudahkan perjalanan hubungan itu..

ikhlaskan dirimu untuk menerima dia seadanya . Menyayangi xbererti harus memiliki. Kadang2 mungkin dia menunjukkan cara dia untuk menyatakan kamu bukan jodoh nya.
seandainya kamu betul2 menyayangi nya , korbankan apa saja keegoan kamu . Andai kata ada jalan dan insan lain yang mampu membahagiakannya , lepaskan untuk dia merasai kebhagiaan untuk dirinya walaupun hati mu teramat payah menerima semua itu kerana kamu terlalu menyayanginya dan kebahagiaan yang kamu harapkan untuknya..
redha dengan segala yang berlaku kerana apa yang berlaku adalah perancangan Allah dan semua yang berlaku adalah yang terbaik untuk kamu ..

The lastly , sentiasa berdoa supaya Allah !! insyaallah kamu juga akan mendapat kebahgiaan seperti mane kamu mengharapkan kebahagiaan untuk org yang kamu syg..

\(^ ^)/... gudnite sume

Tuesday, 23 August 2011

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Informasi iluvislam.comJadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Monday, 22 August 2011

pengalaman buruk gua raya tahun nie

sedih tambah hiba d dalam hati gua raya tahun ni.. Gua baru nak beli baju raya kat sogo . Tibe2 mcm memang ditakdirkan bukan rezki gua carik baju raya kot , hujan turun dengan lebat gle kat sogo . Nasek bek masa tu da nak sampai dah . Sume orang parking atas laluan jalan kaki ,,, gua ingat more than 60 buah moto yang park kat ctu . So gua pun dengan berani nya park la jgk .. Dalam ati gua dah selamat sampai walaupun hujan .. First skali sebelum g beli baju raya , gua g berbuka puasa dlu sebab dah nak masuk waktu maghrib dah . Dah kenyang baru la sedap nak g jalan2 ..

tapi segala perancangan gua hari tu kelam dengan sebuah pilu d hati bila gua nampak kertas puteh melekat kat moto gua lepas berbuka.. Gua tgk saman PARKING.. Tapi gua tenang sebab gua kan lelaki gentlemen .... So untuk keselamatan gua calcelkan niat untuk beli baju sebab gua nak settle kan saman ..

tomorrow(KEESOKAN HARINYA)...
gua ndaway g kepong tempat keje gua.. Singgah kat balai polis selayang . Gua dah prepare rm100 dalam beg gua .. tapi tibe2 polis tu ckp .
Encik , saman encik rm250 pasal parking tu.. terkejut nak mencarut gua rase .. Muke lembut senyum kat akak polis tu hati nak maki hamun rase .So gua keluar sebab xcukup duit ..

TOMORROW AND TOMORROW gua pegi kat bukit aman .. nasib bek la dapat discount ckit tapi still seratus lebih gak ... sebabkan saman gua xdpt baju raya tahun nie dan gua da pokai , . tu je gua nak cite ,

p/s:walaupun xsedap cite gua , tapi pesanan gua , parking lah moto ataw kete elok2 .. jgn kene saman lagi ..mungkin salah gua jugak xikut peraturan jalan raya..hehe.



Sunday, 21 August 2011

hari ni guwa rasa bersalah ngan member guwa

hari nie rasa bersalah sangat dengan member guwa. Mungkin perbuatan gua telah menyebabkan kawan2 gua susah . Mungkin ini telah merobekkan amalan gua dalam keindahan bulan ramadhan ini . Semua ni terjadi disebabkan kelemahan yang terdapat dalam diri gua sendiri jgk . Tiada yang sempurna melainkan Allah taala dan gua . Tapi semua yang berlaku tidak dalam perancangan gua malah gua sendiri pun tidak mendapat tempat sama .. Insyaalah , kita sama doakan agar semua antara kita mendapat pertolongan dari Allah . insyaallah ...

khas untuk mek lea dan mek pokmak .. huhu~




Saturday, 20 August 2011

kemana duit gua hari nie..

hari nie ,,, gua bangun tido , nak g kuar jalan2 ,, tapi betapa bengangnya gua ble tgk ubat ketiak gua ( ataw ore puteh sebut DEUDERUM..lebih kurang la ejaan nya) dah abes. So tanpa ragu2 , tanpa pikir panjang2 lagi , gua xpenik sebab ketiak gua memang harum semerbak kasturi . Guwa terus ke guardian beli . Dah sampai kdai , byk pulak la gua membeli.. so , bajet raya untuk adik2 untuk beli mercun guwa nak potong, lagipun membazir ..ehe~



nah barang2 gua beli ..

p/s : gua beli ubat ketiak bukan sebab ketiak gua busuk . Tapi sebab tkut keharuman ketiak gua menambat hati wanita2 luar sana .. hehehe : )




Thursday, 18 August 2011

Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

1.Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

2.Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3.Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4.Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

5.Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

6.Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

7.Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

8.Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

9.Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

10.Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

11.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

12.Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

13.Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

14.Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

:P ...hehe

Wednesday, 17 August 2011

kenapa lelaki susah nak kawen ...







1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan". Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri"
. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya"
. Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Tuesday, 16 August 2011

Kesempurnaan diri dunia dan akhirat

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W
yang mana dia telah menyatakan tujuannya :Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau
mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya. Tanyalah
apa yang engkau kehendaki :

Orang Arab bertanya: Rasulullah bersabda:
1. Aku mahu menjadi orang yang alim
Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

2. Aku mahu menjadi orang paling kaya
Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

3. Aku mahu menjadi orang yang adil
Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka
jadilah engkau seadil-adil manusia

4. Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik
manusia

5. Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

6. Aku mahu disempurnakan imanku
Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

7. Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin ( baik )
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak
merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara
ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

8. Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam
golongan mereka yang taat

9. Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam
keadaan suci daripada dosa

10. Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah
cahaya

11. Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu
pada hari qiamat

12. Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan( kurangkan ) segala dosamu

13. Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan
jadi semulia-mulia manusia

14. Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi
segagah-gagah manusia

15. Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan
memurahkan rezeki kepadamu

16. Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk
dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

17. Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan
Allah dan rasulNya

18. Aku mahu diterima segala permohonanku
Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

19. Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari
qiamat

20. Siapa yang terselamat daripada dosa?
Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada
kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

21. Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian ( bala )

22. Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

23. Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

24. Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan
bermanafaat selain hadis ini....

Monday, 15 August 2011

Sunday, 14 August 2011

Teka-teki Imam Ghazali rah.a

Teka-teki Imam Ghazali rah.a

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Saturday, 13 August 2011

pernikahan .... renungkanlah

Ada pernikahan yang penuh barakah. Ada pernikahan yang sedikit
kebarakahannya. Dan yang paling menakutkan, adalah pernikahan yang tidak akan
pernah ada kebarakahan di dalamnya.
Pernikahan yang bagaimanakah yang tidak akan pernah ada kebarakahan di
dalamnya?
Rasulullah Saw. menunjukkan, "Barangsiapa yang menikahkan (putrinya)
karena silau akan kekayaan laki-laki itu meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka
tidak pernah pernikahan itu akan dibarakahi-Nya."
Sebagian pernikahan kurang barakah karena niatnya yang tidak tepat. Sebagian
disebabkan oleh berbagai hal selama proses berlangsung. Sebahagian dipengaruhi oleh
pelaksanaan pernikahan. Sebagian disebabkan akhlak setelah menikah. Tetapi
perubahan akhlak setelah menikah, banyak disebabkan oleh niat orang yang menikah
dan yang menikahkan (karena itu, ajaklah orangtua berbicara). Pernikahan yang
barakah insya-Allah justru menjadikan akhlak keduanya semakin baik. Bila
sebelumnya masih kurang sesuai dengan keutamaan akhlak, insya-Allah setelah
menikah mereka menjadi baik akhlaknya. Ini berdasarkan hadis Nabi:
"Kawinkanlah (zawwajuu) orang-orang yang masih sendirian di antara kamu,
sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rizki mereka,
dan menambah keluhuran mereka."

"Sesungguhnya," kata Rasulullah Saw., "termasuk dari keberuntungan perempuan
adalah mudah lamarannya, ringan mas kawinnya, dan subur rahimnya." (HR
Ahmad).

Sabda Rasulullah Saw.:
"Wanita yang paling agung kebarakahannya, adalah yang paling ringan
maharnya." (HR Ahmad, Al-Hakim, Al-Baihaqi dengan sanad yang shahih).
Rasulullah juga mengingatkan,"Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Namun sebaliknya,wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya."
Pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dari Anas r.a.,
Rasulullah bersabda, "Orang yang menikahi wanita karena kedudukannya, Allah
hanya akan menambahinya kehinaan; yang menikahinya karena kekayaannya, Allah
hanya akan memberinya kefakiran; yang menikahinya karena nama besar keturunannya,Allah justru akan menambahinya kerendahan. Namun, laki-laki yang menikahi wanita hanya karena menjaga pandangan mata dan memelihara nafsunya
atau untuk mempererat hubungan kasih-sayang (silaturrahim), maka Allah akan
membarakahi laki-laki itu dan memberi kebarakahan yang sama pada wanita itu
sepanjang ikatan pernikahannya."


Friday, 12 August 2011

HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA

Assalamualaikum. MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA
KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI... Saya Rohaiza Binti Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis emel ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama Nur Hannah Binti Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doktor scan (MRI) otak anak saya, doktor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doktor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka Alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca Yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doktor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doktor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line. Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak. Tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan solat hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYA-ALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kasihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu, emelkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan solat hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya. Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rakataini lillaahi taaala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca Al-Fatihah, baca Ayat Kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk. Insya-Allah, Allah makbulkan.


leLaki AcuAn aL-Quran

Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian duniaKerana dia mengimpikan Syurga,
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran"

Thursday, 11 August 2011

renung-renungkan lah..~

Kita selalu benarkan diri kita..apa pandangan kita semuanya betul..apa yang kita cakap semuanya betul..apa yang kita buat semuanya betul..
pandangan, percakapan, perbuatan orang lain semuanya salah..kita rasa diri kita hebat, betul, benar dan mulia..kadang-kadang kita dengar cerita dari orang macam-macam yang dicakapkan mengenai keburukkan seseorang..kita terima cerita itu bulat-bulat dengan mengganggap cerita itu 100% benar tidak ada tokok tambahnya..
pernah tak kita salahkan diri kita????
pernah tak kita letakkan diri kita pada tempat seorang yang bersalah???
pernah tak kita nilai diri kita???
pernah tak kita rasa nak berubah???
cukup baik ke kita???
cukup sabar ke kita???
cukup amal ke kita???
cukup ilmu ke kita???

Cuba kita tengok kanan dan kiri adakah kita akan nampak telinga kita???
kalau nampak agak peliklah kecuali dengan bantuan cermin..
Cuba pula tengok tangan kita adakah kita nampak???
sudah pasti kita nampak benda yang ada didepan kita sendiri..

maksudnya> salah yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak kita tidak nampak, tapi salah orang mudah dan cepat kita nampak..

Tuesday, 9 August 2011

peRkahwinan ... pernikahan

1)pernikahan bukanlah suatu perkara yg main2 dan untuk seronok2 saje.....ianya adalah suatu ikatan kemesraan dan kasih sayang strong di antara si A (lelaki) dan si B(perempuan) dan zuriat2 yg akan lahir dll. Bayangkan seandainya ikatan itu rapoh, bagaimanakah nasib anak2 nanti ? Anak2 tidak lagi membesar dibawah payung kasih sayang ayah dan ibu lagi.....pada ghalibnya mereka akan terabai dari segi pendidikan dan yg seumpamanya......



2) justru it is a big decision to choose "who is ur partner?"......jangan pakai bantai aje..... pilihlah calon yg benar2 bersifat penyayang.....yang bisa menaungi anak2 dibawah payung kemesraan dan kasih sayang.....

wahai perempuan semua....

rembulan jiwa dunia
pasti kanku sebut
wanita solehah

dia harta dunia
dia saham akhirat
kalau wujud permata tak ternilai
maka dia jauh dari gapaian pemikiran

wanita solehah
mentari hati
sopan lembutnya
menawan diri
lembut tuturnya
hiasan diri
teguh taqwanya
harga diri..

Sunday, 7 August 2011

terimalah ....

jika kamu memiliki seseorang...
TERIMALAH die seadanya...
janganlah kamu terlalu mengaguminya...
dan janganlah kamu menganggap die terlalu istimewa....

...anggaplah dia manusia biasa...
apabila sekali die melakukan KESILAPAN...bukan mudah utk kamu menerimanya..
akhirnya...kamu akan KECEWA dan meninggalkannya..

sedangkan...
jika kamu MEMAAFKANNYA...
boleh jd hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...

Jika kamu memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik utk dirimu....
mengenyangkan..berkh​asiat...
mengapa kamu berlengah lagi????
dgn cuba mencari makanan lain...
kerana TERLALU mengejar kelazatan...
kelak nasi itu akan basi...
dan kamu juga tidak boleh memakannya...
dan..
kamu juga yg akan MENYESAL...

begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu...

MENYAYANGIMU....MENG​ ASIHIMU.....
mengapa kamu masih berlengah lagi...
dgn cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yg lain....
kerana TERLALU mengejar KESEMPURNAAN....
kelak...
kamu akan KEHILANGANNYA apabila die menjadi milik orang lain....
dan..
kamu juga yang akan MENYESAL...
JANGANLAH TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN....

Tuesday, 2 August 2011

ceramah malam nie

malam nie ader ceramah kat masjid lepas trawih td. Ustaz tu cite pasal saidina Ali dan 10 buah delima ...

Saidina Ali dan sepuluh buah delima
Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar.
Ketika Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, sekaligus isteri kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali, ” Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”
“Wahai Suamiku, aku ingin buah delima”, Jawabnya.

Sayidina Ali termenung, sebab ia merasa tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham. Maka akhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.
Namun di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina Ali pun berhenti dan menghampirinya.

“Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?”, tanya Sayidina Ali.
“Wahai Ali, sudah lima hari aku terbaring sakit di tempat ini, banyak orang berlalu, namun tak ada seorang pun dari mereka yang mahu peduli kepadaku. Aku ingin sekali makan buah delima.” Jawab orang tua tersebut.

Mendengar jawabannya, Sayidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,



“Buah delima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk Isteriku, kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih. Namun jika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati firman Allah,
“Terhadap si pengemis, engkau janganlah menghardiknya. ” (QS. Al-Dhuha : 10).

Juga sabda Nabi SAW, ” janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis, sekalipun ia di atas kenderaan”.
Maka kemudian Sayidina Ali membelah buah delima itu menjadi dua bahagian, separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk Siti Fatimah.

Sesampai di rumah ia menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,
“Wahai Suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu.”

Mendengar kenyataan Isterinya itu Sayidina Ali merasa sangat gembira.
Tidak lama kemudian datanglah seorang tamu yang mengetuk pintu, lalu Sayidina Ali berkata, “Siapakah tuan?”

“Aku Salman Al Farisi,” Jawab orang yang mengetuk pintu itu.
Setelah pintu dibuka, Sayidina Ali melihat Salman membawa sebuah wadah tertutup, dan diletakkkan di depan Sayidina Ali, lalu Sayidina Ali bertanya,

“Dari manakah wadah ini wahai Salman ?”.
“Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW.” Jawabnya.
Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada Sembilan buah delima. Sayidina Ali terus berkata,

“Wahai Salman, jika ini memang untukku, pasti jumlahnya Sepuluh”.
Lalu ia membacakan firman Allah SWT,
“Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya ( balasannya )”. ( Al-An’am : 160 )

Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebuah Delima yang ada ditangannya, seraya berkata,
“Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana KEYAKINANMU terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi.”

Monday, 1 August 2011

mesej ramadhan pertama

31 julai 2011... 22.53 ( mesej dari ayahku tersayang )- terima kasih

selamat berpuasa semoga mecapai puasa yang membawa ketaqwaan.